YB USTAZ NURUL AMIN BIN HAMID
AHLI PARLIMEN PADANG TERAP.
ISLAM
MEMIMPIN
KEPIMPINAN BERPRINSIP • KHIDMAT RAKYAT

Islam
Memimpin

Membina Padang Terap yang sejahtera melalui perancangan masa hadapan yang mampan secara bersama, dengan pengukuhan dakwah, pendidikan dan kebajikan melalui kepimpinan yang amanah, stabil dan berintegriti.

Sebagai pemimpin PAS sejak 2009, perjalanan politik Ustaz Amin adalah untuk melihat lahirnya sebuah negara yang sejahtera berpaksikan Islam, masyarakat yang harmoni dengan kepelbagaian kaum dengan menjunjung tinggi perlembagaan dan rukun negara.

Cita-cita adalah untuk melihat Padang Terap dibangunkan dan dimajukan secara adil dan seimbang dengan kedudukan geografi muka bumi dan realiti kehidupan masyarakat setempat.

Prihatin Bersih Stabil
Gambar Ustaz
BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DAN NEGARA
Kandungan disusun untuk mudahkan rakyat akses info & perkembangan semasa.
KENALI PEMIMPIN ANDA

Kenali YB Ustaz Nurul Amin Hamid

Merupakan Ahli Parlimen Padang Terap yang telah di pilih rakyat pada PRU15 yang lalu di atas tiket Perikatan Nasional mewakili PAS dengan jumlah undi 28,217 dengan majoriti kemenangan 10,959 undi.

Ustaz Amin mempunyai agenda membantu meningkatkan pendapatan penduduk B40 terutama golongan penoreh getah, pesawah, dan penjaja kecil.

Agenda besar Ustaz Amin ialah menjadikan Padang Terap muncul sebagai hub industri yang baharu di dalam negara melalui pembinaan Kedah Rubber City khusus dalam sektor getah. Selain itu Ustaz Amin memberikan perhatian tentang perancangan membangunkan Durian Burung sebagai bandar sempadan utama negara.

Ustaz Amin lahir dari kepimpinan muda yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan Islam, pentadbiran dan khidmat masyarakat.

Pendekatan beliau menekankan kepimpinan berprinsip, kejujuran dan khidmat berterusan kepada rakyat, khususnya di Padang Terap.

“Kepimpinan bukan tentang kuasa, tetapi amanah untuk berkhidmat.”
  • 🎓 Pendidikan & latar belakang Islam
  • 🏫 Pengalaman dalam pendidikan & pentadbiran
  • 🤝 Aktif dalam kebajikan & khidmat masyarakat
  • 🏛 Kepimpinan Islam yang stabil & berintegriti
Prihatin Bersih Stabil
FOKUS & HALA TUJU

Teras Perjuangan

Empat teras ini menjadi asas kepada pendekatan kepimpinan berprinsip, pembangunan masyarakat dan khidmat rakyat di Padang Terap.

Islam

Memartabatkan nilai Islam dalam kepimpinan, pendidikan dan kehidupan bermasyarakat secara hikmah dan berterusan.

Pendidikan

Membina generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing melalui sistem pendidikan yang tersusun dan berkualiti.

Kebajikan

Mendengar, memahami dan membantu rakyat — dengan tindakan praktikal yang memberi kesan, bukan sekadar janji.

Padang Terap

Pembangunan kawasan yang seimbang dan inklusif — fokus kepada keperluan rakyat, ekonomi setempat dan peluang belia.

Prinsip asas: Prihatin • Bersih • Stabil — demi Padang Terap yang lebih sejahtera.
REKOD & AMANAH

Pengalaman & Amanah

Setiap peranan yang dipikul adalah amanah untuk berkhidmat, dipandu oleh prinsip integriti, disiplin dan tanggungjawab.

Pegawai Pendidikan

Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK)2007-2018

Guru di Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah Padang Kerasak Dan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Kg Barokhas Kuala Nerang.

Guru Besar

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Nurul Hidayah Pekan Naka ( 2018-2020)

Bermula seawal penubuhan sehingga terbinanya bangunan baharu empat tingkat.

Pegawai Khas Kanan

YAB Menteri Besar Kedah(2020-2021)

Mengurus hal ehwal strategik, komunikasi dan pelaksanaan dasar berkaitan Pejabat Menteri Besar Kedah.

Kepimpinan Pemuda & Masyarakat

Negeri & Kawasan

Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat (Kini) , Ketua Pengarah KHIDMAT Malaysia (Kini ), Ketua Penerangan PAS Padang Terap (Kini), Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ketua Pemuda PAS Kedah , Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Pengarah Jabatan PASTI Kedah, Setiausaha PAS Padang Terap.

Calon P007 Padang Terap

Pilihan Raya Umum Ke-15

Menang dengan jumlah undi 28,217 undi dengan majoriti 10,959 undi di atas tiket Perikatan Nasional menewaskan calon BN Dato Seri Mahdzir Khalid , Calon PH Muaz Abdullah, dan Calon Pejuang Razali Salleh.

Komitmen: Setiap amanah dilaksanakan dengan keikhlasan, ketegasan prinsip dan khidmat berterusan kepada rakyat.
KAMI SENTIASA BERSAMA ANDA

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Padang Terap

Pusat Khidmat berfungsi sebagai pemudah cara isu masyarakat, menghulurkan bantuan, serta menjadi jambatan antara agensi dan jabatan kerajaan negeri dan pusat, di samping menyokong pembangunan masyarakat.

Lokasi Pusat Khidmat

Kompleks PAS Padang Terap,
No. KBA 13, Jalan Pedu, Kg Barokhas,
06300 Kuala Nerang, Kedah.
10.00 pagi – 4.00 petang (Ahad – Khamis)

Hotline

013-2023527 / 019-4422040

Email

padangterap07@gmail.com

PLATFORM RASMI

Ikuti Perkongsian & Aktiviti Terkini

Dapatkan update dakwah, pendidikan, kebajikan dan isu rakyat Padang Terap melalui platform rasmi di bawah.