Blog
Kejohanan Karom Tertutup Parlimen Padang Terap
10 Januari 2026-“Penganjuran kali ini yang teramai sekali penyertaan di Padang Terap” ujar Along (Wan Muhd Hafiz) Ketua Kelab Karom Padang Terap yang menguruskan Pertandingan Karom Beregu Tertutup Piala YB Ahli Parlimen Padang Terap yang berlangsung hari ini di Kompleks PAS Padang Terap Kg Barokhas Kuala Nerang.
Sebanyak 80 pasukan daripada pelbagai kampung secara beregu berentap bermula pagi tadi sehingga habis kejohanan.
Tahniah kepada semua para peserta, semoga di masa hadapan, lebih banyak kejohanan pertandingan dapat di laksanakan.Terima kasih kepada Kelab Karom Padang Terap dan semua pihak yang terlibat menjayakan kejohanan karom ini.


















