Sebagaimana manifesto Ustaz Amin semasa PRU-15 yang lalu untuk memastikan Kedah Rubber City Padang Terap Berjaya di realisasikan, berikut adalah antara usaha yang telah di buat semenjak 2022 sehingga 2026 :

  1. Berjumpa dengan Bahagian Pembangunan Ekonomi Kedah (BPEN) pada 1 Ogos 2023 untuk membincangkan tentang keperluan sumber elektrik di KRC.
  2. Membawa isu KRC di dalam sesi persidangan Kamar Khas Parlimen berkaitan pelaburan dan kemudahan di KRC pada 7 November 2024
  3. Membangkitkan tentang perkembangan KRC di dalam setiap perbahasan titah di Raja dan perbahasan belanjawan tahunan kerajaan di Parlimen terutama tentang keperluan menaiktaraf jalan dua lorong kepada empat lorong dari Pokok Sena ke KRC.
  4. Sentiasa menghantar soalan lisan ke Parlimen berkaitan KRC
  5. Berbincangan dengan Pegawai Perancangan Bandar Majlis Daerah Padang Terap tetang halatuju projek KRC.
  6. Berjumpa dan berbincangan dengan Pengarah JKR Kedah tentang permohonan JKR kepada KKR untuk projek naik taraf jalan persekutuan FT175 Pokok Sena ke KRC.
  7. Menegaskan kepada Kementerian Ekonomi tentang insentif cukai industri yang mesra pelabur dan mendapat reaksi positif daripada YB Menteri.
  8. Menegaskan kepada Kementerian MITI di Parlimen tentang persedian perlabuhan untuk di guanakan oleh para pelabur dan mendapat reaksi positif daripada MITI.
  9. Menerima taklimat khusus daripada NCIA di tapak Kedah Rubber City pada 7 Februari 2025.
  10. Menegaskan kepada kerajaan dan NCIA tentang peluang pekerjaan di KRC mesti mengutamakan penduduk tempatan.
  11. Berbincang dengan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan KISMEC tentang latihan TVET untuk keperluan pekerjaan di KRC.
  12. Menghadiri upacara pecah tanah Kilang Prinx Tire Malaysia pada 18 November 2025
  13. Pejabat Parlimen Padang Terap menjadi pemudahcara antara pemohon dan pihak syarikat yang membina Kilang Prinx Tire Malaysia di KRC untuk peluang pekerjaan melalui resume yang di hantar melalui email di salurkan kepada pihak syarikat.
  14. Membangkitakn tentang infrasturktur KRC di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Padang Terap.
  15. Lawatan rasmi ke tapak pembinaan Kilang Prinx Tire Malaysia di KRC pada 11 Januari 2026.
  16. Sentiasa menekankan di dalam perbahasan di Parlimen tentang ekosistem KRC seperti bekalan getah daripada penoreh dan pekebun kecil tempatan , pusat latihan pekerja KRC , harga getah dan pelbagai bentuk cadangan tentang sektor komuditi getah yang berkaitan dengan KRC.