Program

Projek Tanaman Cili Fertigasi Komuniti Kg Kubang Julok Naka

16 Disember 2025- Melahirkan Usahawan Muda Padang Terap Melalui Projek Cili Fertigasi

Alhamdulillah, Projek Fertigasi Cili Komuniti Kg Kubang Juluk, Naka membuktikan bahawa pertanian moden mampu menjadi sumber pendapatan lumayan, khususnya kepada anak muda di Padang Terap.

Projek ini melibatkan 11 orang peserta, termasuk anak muda seawal umur 16 tahun, yang diberi pendedahan terus kepada pertanian berteknologi tinggi dan berasaskan data.

Dengan 2,000 polibeg cili, projek ini dianggarkan mampu menghasilkan sekitar 4,000 kilogram cili berkualiti tinggi bagi satu pusingan tanaman — satu potensi hasil yang besar dan berdaya saing.

Kebun ini menggunakan teknologi semi-automatik, merangkumi:

• Sistem saliran air dan pembajaan automatik

• Pemantauan serta kawalan jarak jauh melalui telefon pintar (IoT)

Projek ini merupakan projek rintis kebun di bawah peruntukan APPGM-SDG dan insya-Allah akan diperluaskan ke seluruh Padang Terap.

Cita-cita saya jelas: melahirkan 100 orang anak muda Padang Terap yang berjaya dan berpendapatan stabil melalui projek pertanian moden seperti ini.Selepas projek rintis ini, akan di usahakan siri berikutnya dengan penyertaan yang lebih ramai.

Dengan permintaan pasaran cili yang sentiasa tinggi, projek ini memberi jaminan pasaran serta pulangan pendapatan yang lumayan, sekali gus mengubah persepsi bahawa pertanian adalah sektor lapuk.

Turut hadir memeriahkan Majlis Perasmian hari ini ialah :

▪️ YB Haji Mohd Radzi Md Amin, ADUN Pedu

▪️ Encik Mohd Asyraf, Penghulu Mukim Tekai Kanan

▪️ Encik Firdaus, Fasilitator Projek

▪️ Encik Ahmad Aimanduddin Amzar Abdullah, Ketua Projek

▪️ Encik Rosli Derooh, Ketua Kampung (MKK)

▪️ Encik Shukor Minai, JKKP

Inilah bukti bahawa pertanian bukan kerja lama, tetapi industri masa depan jika digabungkan dengan ilmu, teknologi dan sokongan berterusan.

Padang Terap boleh. Anak muda Padang Terap mampu berjaya.Insya-Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *