Blog
Projek Pembangunan Ekonomi Dan Keusahawanan Wanita Padang Terap
9 Ogos 2026-Projek Pembangunan Ekonomi Wanita Dan Keusahawanan Padang Terap kini dah berlangsung sebanyak enam siri kursus dan peningkatan ilmu kepada para peserta di parlimen Padang Terap.
Projek dengan usahasama antara pejabat parlimen dan APPGM-SDG dan di kendalikan oleh NGO Saidatina Khadijah ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada pelbagai agensi dan jabatan serta swasta.
Alhamdulillah, antara usahawan wanita Padang Terap yang telah mendapat bantuan perniagaan melalui Projek Pembangunan Ushawan Wanita Parlimen Padang Terap yang di anjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Padang Terap dengan kerjasama APPGM- SDG dan NGO Saidatina Khadijah Padang Terap.
Tahniah kepada Pengurus Projek Puan Azimah Md Nor , dan terima kasih Encik Mohd Azraim Mahathir dari Fazkuru Solution, Pkwr Dun Pedu dan Kuala Nerang dan terutama pihak APPGM-SDG yang menyalurkan dana projek serta semua pihak yang telah banyak membantu menjayakan projek ini.
Semoga para usahawan wanita yang di berikan bimbingan dan bantuan melalui projek ini terus melangkah kehadapan dan maju jaya serta menjadi kaya dunia dan akhirat.














